
Saturday, January 15, 2011
Friday, January 14, 2011
Thursday, January 13, 2011
keLebiHaN taQwa

- Bantuan dan perlindungan Allah
Allah hanya akan membela orang yang bertaqwa. Menjadi seorang Muslim, belum tentu ada jaminan mendapat bantuan Allah. Ini menjelaskan mengapa umat islam ditindas dan dikalahkan oleh musuh-musuh islam hari ini. - Penyelesaian masalah dan rezeki
Selain rajin berusaha dan produktif, orang bertaqwa akan dapat menyelesaikan masalah dalam hidup dan rezekinya dijamin oelh Allah s.a.w. - Dijanjikan syurga dan diselamatkan daripada neraka
Allah berfirman yang bermaksud."Akan tetapi orang yang bertaqwa kepada Tuhannya bagi mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya,sedang mereka, sedang ,mereka kekal di dakamnya sebagai tempat tinggal dari sisi Allah'' (surah Ali imran)
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunna daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luas seluas langit dan bumi yang disediakna untuk orang yang bertaqwa.
keTika CinTa beLum beRtaSbiH
"Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).
Kahwin!
Di usia 27 tahun kini, salah satu perkara yang masih terus mendilemma di dalam minda aqli diri ini ialah tentang perkahwinan. Bukan sekali dua persoalan ini diajukan kepada diri sama ada oleh ahli family, sahabat handai dan rakan taulan, malah sudah menjadi persoalan lali. Ini ditambah dengan berita teman-teman seperjuangan yang semakin ramai mendirikan rumahtangga malah sudah ramai yang beranak-pinak!
Sebenarnya, segala keperluan untuk menunaikan tuntutan fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini sudah mencukupi. Persoalan bila dan dengan siapa biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang pasti, jiwarasa semakin terpanggil dengan hadith berikut, sebuah sabdaan Baginda Rasulullah SAW yang kian membuka mata hati! Alhamdulillah.
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah".
Cuba cerminkan diri,mungkin ada yang tak kena dengan diri,mungkin diri ini masih belum layak memikul amanah yang besar itu,,bebanan yang sedia ada pun seringkali terabai, meluangkan beberapa minit masa untuk DIA pun kadangkala tergendala, apatah lagi nak tambahkan amanah yang lain..



