::::PenJaLaNaN mEnCaRi eRti sEbuaH keHiDuPan::::

Monday, January 31, 2011

aku atar surat kat manager

sebelum buat keputusan, aku dah fikir masak2 dh,, aku rasa aku memang n perlu resign jgk..
bukan terkecik hati ngan sapa2 or marah kat sapa2 cuma aku xtahan lagi,, lagipun aku xnampak masa depan aku kat sini,, i should resign,,

Saturday, January 29, 2011

my mum call me..

ask about resign

siapakah pemilik belahan jiwa

Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian daripada sketsa hidup dan kehidupan kita sekalian hamba di dunia ini. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan hingga mencipta keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalamnya menyebabkan kepedihan yang menyesakkan ruang dada. Jiwa yang rapuh pun mengadu, berkeluh-kesah pada alam serta isinya, bertanya di manakah pasangan jiwa berada. Lalu hati mencipta serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang kehilangan ibunya.

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi. Letih... Sungguh letih jiwa raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa di luar sana? Alahai... kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini sahaja kerana masih ada akhirat yang kekal abadi. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi oleh dunia fana ini sahaja. Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya, Insyaallah akan dipertemukan suatu hari nanti.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai mengubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Berserahlah kepada Maha Pemurah. Kembalikan segala urusan hanya kepadanya, kerana Dia Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya dicurahkan kepada Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri dengan orang lain kerana Dia pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meskipun adakalanya kita sekalian hamba tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini penuh dengan harapan yang baik kepada Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Maha Pencipta. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu telah tersurat.

Sabarlah, bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dan malam senantiasa indah dengan sinar lembut rembulan dipagar bintang. Senyum dan hapuskanlah air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai sebahagian kembara kehidupan yang akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang kau jalani. Hingga, kelak kau akan rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian.

diuji n diuji lagi

Friday, January 28, 2011

simply life

train kat dinamik n then night join to baksoo..

Wednesday, January 26, 2011

ALLAH MAHA MELIHAT

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski dengan air mata

seiringan hujan

Air mata tiba2 mengalir laju,,
selaju hujan yang turun diluar umah..
mengenangkan nasib diri yang sering dilamun derita,,
mencari dimana silap diri,
muhasabah dosa2 lalu..
menghintung kelemahan diri,
ada dosa2 yang ditanggung selama ini
mungkin menjadi penghalang kebahagian
yang sepatut dimiliki..
Aku kebingungan..
just share story ngn Dayah n Wani..
nasib ada dorng semua
bagi semangat n kekuatan
untuk aku bangun,
bina kekuatan harungi dugaan
hidup yg xpernah surut..

Tuesday, January 25, 2011

BANK RAKYAT

HHHHHUUUUUU...

Monday, January 24, 2011

AmbiK aYat Qi

Arini ari last kat Ayer Hitam,
njoy gak 4hari ngn bdk2 kat sini,
dorang sempoi je,
kalu xlayan sgt kerenah pelik2
dorng, insyaAllah xsakit jiwa,
tapi kalu asyik nak cari salah diorng,
aku pun xtahan,
alaa,,bdk setahun jagung,
apa sangat yang diorg fkrkan,
bab buat keja
memang hampeh la,
keja main2, xbersungguh2,
tp disebabkan aku just
take over tmpat orng,
aku pun malas nak
tengking2, marah2 sgt,
tgur mana yg terover je,
hmmm..
pagi esok buat penyarahan,
n then terus gerak ke Parit Raja plak,
oklah..
aku dah ngatuk,
nak tgok tv pn dh xselera,
cma td sempat le tgk kusyairi
or Qi yang belakon,
cerita blogguy???
curi ayat dia sikit....
OtAk seRaBut....
JiWa KaCau....
BeNak KaluT...
HaTi RiSau...
BadaN leTih..
Jadi SaSau.. :-(
ayat aku + sndiri,,hehe,
good nite..

Sunday, January 23, 2011

suKasuKajeee







aku adalah aku

KEKE

SAJA JE

Saturday, January 22, 2011

aku dah fikir masak2

i want go back

Friday, January 21, 2011

loqloq jannah

aku mahu jadi permata syurga

Thursday, January 20, 2011

huhuh..panas

sabar je,,selawat byk2

Wednesday, January 19, 2011

aku masih merinduimu

ya allah aku rindu rahmat n kasih sayangmu

BP MALL


Minggu ni aku ambik offday hari selasa,
kebetulan pulak sama ngn Nida n Ria,
diorang ada ajak kuar jalan2 kat BPMALL,
pagi2 lagi Nida dh msj tny, jadi x nak kuar shoping?
dlm keadaan separuh sedar reply je msj Nida,, Jadi,,\n trus sambung tidur,,huuhuu,,
tghri tu baru gerak ke BPMALL,,
tapi Ria pulak xdapat join, katanya demam..
so, kitaorng g berdua je,,



Monday, January 17, 2011

kpli dah kuar

aku jgk yg tertinggal

Saturday, January 15, 2011

siapakah dihati mu

siapa yang rampas cintamu

laYaN my peVeRet..









Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

kebanyakan drama dia aku minat,,tapi yg aku paling minat gila,,drama MASAM MASAM MANIS..
cerita ni so sweet..kalo tgk crta ni 44x pun aku masih xbosan n xpernah boring..
aku akan still tergelak macam frist time aku tgk..betul2 ada aura,agaknya that why la my mum minat semua cerita2 p.ramlee ni..dulu2 masa aku mula2 kenal p.ramlee ni.. aku xlayan sgt.. n seskali hairan jgk tgk my mum khusyok je melayan..lama2 aku pun dh terpaut sama dgn kehebatan lakonan p.ramlee ni..



Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohd. Noor bin Shamsuddin dilahirkan di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada tahun 1967. Beliau telah mendirikan rumahtangganya dengan Runika dan dikurniakan 5 orang anak. Selain menjadi seorang pelakon yang terkenal, beliau juga ialah pengacara serta model bagi beberapa produk seperti Julie's dan Nona Roguy. Beliau merupakan anak saudara kepada Seniman Hussein Abu Hassan dan juga sepupu kepada aktor Faizal Hussein.







Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot (lahir 5 Jun 1979) di Kuala Lumpur ialah seorang pengacara TV, model dan pelakon. Beliau merupakan antara pelakon wanita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001. Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja












dimanasinarnya




saja ja ni,,

Friday, January 14, 2011

lagi lagi rindu

aku n kengn

jiwa kacau

hhhhaaaaaaa

Thursday, January 13, 2011

keLebiHaN taQwa


Antara kelebihan taqwa yang dipetik daripada Al-quran:
  • Bantuan dan perlindungan Allah
    Allah hanya akan membela orang yang bertaqwa. Menjadi seorang Muslim, belum tentu ada jaminan mendapat bantuan Allah. Ini menjelaskan mengapa umat islam ditindas dan dikalahkan oleh musuh-musuh islam hari ini.
  • Penyelesaian masalah dan rezeki
    Selain rajin berusaha dan produktif, orang bertaqwa akan dapat menyelesaikan masalah dalam hidup dan rezekinya dijamin oelh Allah s.a.w.
  • Dijanjikan syurga dan diselamatkan daripada neraka
    Allah berfirman yang bermaksud."Akan tetapi orang yang bertaqwa kepada Tuhannya bagi mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya,sedang mereka, sedang ,mereka kekal di dakamnya sebagai tempat tinggal dari sisi Allah'' (surah Ali imran)
    "Dan bersegeralah kamu kepada ampunna daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luas seluas langit dan bumi yang disediakna untuk orang yang bertaqwa.

AnDaI iA miLiKku


keTika CinTa beLum beRtaSbiH



"Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

Kahwin!

Di usia 27 tahun kini, salah satu perkara yang masih terus mendilemma di dalam minda aqli diri ini ialah tentang perkahwinan. Bukan sekali dua persoalan ini diajukan kepada diri sama ada oleh ahli family, sahabat handai dan rakan taulan, malah sudah menjadi persoalan lali. Ini ditambah dengan berita teman-teman seperjuangan yang semakin ramai mendirikan rumahtangga malah sudah ramai yang beranak-pinak!

Sebenarnya, segala keperluan untuk menunaikan tuntutan fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini sudah mencukupi. Persoalan bila dan dengan siapa biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang pasti, jiwarasa semakin terpanggil dengan hadith berikut, sebuah sabdaan Baginda Rasulullah SAW yang kian membuka mata hati! Alhamdulillah.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah".

Cuba cerminkan diri,mungkin ada yang tak kena dengan diri,mungkin diri ini masih belum layak memikul amanah yang besar itu,,bebanan yang sedia ada pun seringkali terabai, meluangkan beberapa minit masa untuk DIA pun kadangkala tergendala, apatah lagi nak tambahkan amanah yang lain..

MaYbaNk PaRit RaJa

the some part i saw everytime..

Wednesday, January 12, 2011

aku masih disini



"my friends,to love someone is nothing,to be loved by someone is
something,to be loved by someone you love is exciting,but to be loved by
Allah is everything............remember that,don't forget"

"Kiranya tiada cinta insani untukku..Cukuplah cinta الله penyuluh hidupku..Moga kelak ada CINTA untukku daripada insan yang mencintai الله sebagaimana cintaku terhadapNya..

Aku ingin belajar menyintai Allah dan setia kpdNya..jika aku prnah menyintai seorang lelaki dan prnah setia kpdanya..mengapa tidak aku cuba utk setia kpd Allah..Cinta kta pda Allah tidak akn kecewa..sedangkan cinta pada manusia???pasti akan kecewa jika tanpa cinta padaNya..cintailah Allah sebelum menyintai insani lain..

Hidup ini indah jika kita hidup berlandaskan cara hidup islam yang sebenar-benarnya..

Ingin menuntut ilmu yang bermanfaat dan mengamalkannya agar menjadi panduan dalam menjalani hidup ini..
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

Ingin bina rasa cinta dan sayang itu dalam acuan yang menurut perintah Allah..ingin menjadi isteri yang solehah buat suamiku..insyaAllah..

Ingin mendidik anak-anakku menyintai Allah dan mencari redhaNya..InsyaAllah

Aku menganggap apa jua yg brlaku dalam hidupku susah atau senang,baik atau buruk adalah ujian dariNya utk mengujiku..semoga aku tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dariNya..insyaAllah..

Semoga Allah menjadikanku dikalangan orang yang bertaubat,suci bersih dan beramal soleh..amin

Apa yang prnah berlaku dlm hidupku sebelum ini akn aku jadikan sbg pengajaran yg paling berharga dalam hidupku..yang mengajar aku erti kehidupan yg sebenar..

Bila hati berjuang krn Allah ,dugaan itu tmpt bersinggah..keperitan ditelan sbgai juadah..kejayaan di anggap 1 mimpi indah,tetapi andai ditakdirkn untuk rebah,hati ini tetap redha krnNya..


✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru

Ya Allah
Pimpinlah diriku menjadi muslimah bertakwa,
muslimah yang solehah...
Andai aku tersasar dari landasan,
kau kembalilahkan ku pada jalan-Mu.
Biarpun ku menangis air mata darah sekalipun
Hidayah-Mu amat penting bagiku...(-_-)

Tuesday, January 11, 2011

Deritu iTu teMankU

Mataku tidak berkerlip memandang ke arah sungai yang tenang. Dari jendela kamar lantai rumahku, kelihatan sungainya begitu tenang. Kadang-kadang burung yang kecil hinggap di sana dan terbang kembali entah ke mana arah tujunya.

Sering kali aku tertanya-tanya apa yang ada di benak fikiran burung-burung itu? Kadang-kadang terbang sekawan dan kadang-kadang berseorangan. Mungkin tidak ada apa yang difikirkan hanya terbang dan makan bagi meneruskan kehidupan. Mereka sering ke sungai itu dan sungai itu memberikan mereka kehidupan.

Alunan Hidupnya

Sungai yang sudah lama meneruskan kehidupannya di sana. Dan sudah banyak riwayat tertulis di atasnya. Sehingga kini sungai itu masih lagi mengalir tanpa henti tidak kira ke mana haluannya, dan ia dilihat begitu deras. Aku tidak pernah ke sungai, dan persahabatan kami hanyalah dari jarak yang jauh. Sering aku mendengar sungai itu mengeluarkan bunyi. Seolah manusia yang sedang berkata-kata.

"Pesanan apa yang hendak kusampaikan padamu sungai? Nyata aku tidak punya apa-apa pesan yang ingin kutitipkan. Aku cuma merasakan diriku sama sepertimu, mengalir tenang di atas pandanganku. Pesanan apa yang kau ingin aku sampaikan? Kau sungai seperti diriku yang mengalir di alur kita masing-masing. Bezanya aku di sini hanya mengalir di sebatang jalan ini; jalan sungai. Sudah ratusan tahun aku menjalani alur ini."

Umpama Sungai yang Mengalir

Tamsilannya adalah seperti sungai, jika masih ada antara kita kecewa, putus asa dan sedikit berduka masih belum dapat apa yang terbaik dan yang diimpikan, jangan berkecil hati. Jangan cepat melambai sapu tangan putih lantas mengaku kalah. Kadang-kadang kita akan diuji sama ada kita benar-benar serius terhadap apa yang kita inginkan.

Ujian akan datang dalam pelbagai bentuk halangan, rintangan dan hal-hal yang membuatkan kita tidak berdaya lagi. Menyerah adalah pilihan yang mudah yang boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Tapi, menyerah tanpa melakukan apa-apa tidak akan membuatkan kita jauh lebih baik.

Jangan Berbalik Arah

Saat api padam, mungkin itu adalah saat kita menyatakan kita ingin menyerah kalah. Mari kita belajar dan lihat dari air sungai yang mengalir. Air terus mengalir ke satu arah dan tidak peduli apa yang terjadi. Walau ada sebesar batu yang wujud di tengah-tengah air tidak akan berhenti. Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berbalik arah. Tidak pernah berhenti untuk mengalir hanya kerana beberapa panahan di hadapannya.

Kita juga boleh belajar daripada prinsip air sungai yang mengalir. Maju ke hadapan demi impian yang ingin dikecapi. Air juga tidak pernah gerun apabila berada di tepi air terjun. Mengalir dan terus mengalir dan semangat yang tidak pernah membuat kita gentar. Semoga air yang mengalir akan mengubah diri kita dan persis yang mudah menyerah kalah. Namun percayalah You don't know what the future holds, but you know Who holds it.

Sunday, January 09, 2011

Saturday, January 08, 2011

HaTi Oh HaTi


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?

Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.

Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?

Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?

Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.

Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?

Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?

Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?




Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Thursday, January 06, 2011

stop

stop kau mncuri hatiku

Wednesday, January 05, 2011

HaRapaN Demi HaRapaN

kenapa ni,,

Tuesday, January 04, 2011

hidup

aku dan kehidupan

Monday, January 03, 2011

the best of me

ngatuk..heheh

Sunday, January 02, 2011

ulangtahun my sister

hmmm,,malas nak tulis pe2 da
Usia umpama harta...bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan keberkatan. SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-22.. seiring bertambahnya usia, maka bertambahlah semangat untuk menimba ilmu, menambahkan amal, menambahkan kebaikan serta menambahkan rasa takut kepada Yang Maha Esa, ALLAH S.W.T

Saturday, January 01, 2011

Aaarrrgggggggggghhhhhhhhhhhh..boSannyerrrrrrr


expo tahun baru

kekeyangan melampau,,balik keja, kuar jalan2 ngn lisa

, p cari tdung kat expo tahun baru,, dekat stadium parit raja,,huhu,,

dapat 2helai tdng,,habis jugak rm30 duit aku,,huhu,,

baru ingat bulan ni aku nak berjimat..

kitorg xduk lama2 kat expo tu,,

sebb penat kerja pon xhabis lg,,

perut pulak kelaparan,,

just jalan2 cari tdng n terus balik,,

on da way balik singgah makn nasi tom yam jap,,

dekat kedai makn sebelah greenpoint,,

sedap gila,, aku makn smpai habis,,

n perut trus menbuncit macam org tgh ngndung 2bulan..huhuhu,,