::::PenJaLaNaN mEnCaRi eRti sEbuaH keHiDuPan::::

Tuesday, October 05, 2010

'???JaTuH cInTakAh diA???

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan
setia pada kekasihnya dgn ikhlas,
perubahan sikapnya amat mengejutkan.
Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,
tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.
Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban
dan buat apa sahaja utk kekasihnya.
Sekeras manapun hati lelaki ia akan
mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
Malah bila hati dh berkenan
Lelaki mungkin sanggup menderita
Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama..

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting

dengannya .

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya ..

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang

perempuan .

Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. cintailah lelaki… heheh

isTiQaraH

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanyaRasulullah SAW bersabda:
Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya . (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)
Sembahyang istikharah ialah sembahyang untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya antara dua kerja.
Hanya boleh beristikharah untuk benda yang harus sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan.


Dalam hadis yang lain:-
-Tidak akan menyesal orang yang beristikharah Sabda Nabi “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(HR.Thabrani).

- Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu), mestilah patuh.


Bila?
Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.


Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. InshaAllah diberi petunjuk. (tidak semestinya melalui mimpi)


Cara beristikharah:
Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut,
“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran.” (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2).


Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya / engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.

reAlitY n RasiOnaL

Realiti

Sebagai anak wajib kita mentaati ibu bapa malah memenuhi segenap ruang keperluan mereka. Walau mereka tidak meminta tetapi cukup dengan bahasa isyarat yang lumrahnya orang tua ini mereka tidak akan secara verbal berkata mahu itu dan ini.

Lain pula halnya kita semasa kecil hingga kealam sebelum bekerja sendiri. Ada kemahuan sahaja terus diajukan, jika tidak dipenuhi dengan segera mengamuk, merajuk dan segala macam pemberontakan seolah tunjuk perasaan dilakukan.

Tanpa memikirkan apakah implikasi permintaan itu yang kadang-kadang menyebabkan mereka terpaksa meniriskan bajet belanjawan bulanan semata-mata untuk memenuhi kehendak seorang anak, itu jika seorang. Kalau 5 orang, 10 orang? Maka bayangkanlah!

Terkadang pula bukan mereka tidak mahu memenuhi permintaan itu tetapi hanya yang dipinta ialah tempoh masa, hujung bulan. Tetapi tidak juga mampu bersabar, terus menekan dan meminta, meraung malah tidak mahu bercakap dengan mencuka masam, hai anak..kenapa lakumu begitu?

Mungkin tidak faham akan situasi realitinya sebagai ibu bapa lagi. Nanti dia dah berumah tangga dan mempunyai anak sendiri, akan tahulah dia pahit maung membesarkan insan yang bernama anak itu.

Agama Islam mengajar kita ketaatan itu jika menurut turutannya maka ibu bapa terletak pada makam nombor 3 selepas Allah dan Rasulnya. Antara ibu dan bapa pula, diberatkan ibu itu dalam kiraan 3 kali ganda daripada bapa mengikut hadis baginda Rasulullah sendiri. “Maka janganlah kamu berkata walau dengan perkataan ‘uh’ (mengeluh)…..”

Rasional

Secara lumrah alam dan adab tertib kemanusiaan ditambah pula adab sunnah seorang Islam, maka berbakti dalam erti kata membalas jasa kedua ibu bapa adalah perkara yang wajib. Nak dapat tidak itulah kemestian seorang anak.

Ada perbezaan di sini antara anak lelaki dan perempuan kerana setelah seorang anak lelaki berkahwin, pertalian jasa hayat dengan ibu bapanya masih terjalin manakala seorang anak gadis yang sudah bergelar isteri maka suaminya adalah tunggak redha Allah.

Rasionaliti mungkin tidak akan memahamkan kita hakikat ini kecuali ajaran agama Islam sahaja yang mampu menghuraikan kenaifan minda akal dalam pentafsiran hukum syariah Allah berkenaan ketaatan kepada ibu bapa ini.

Apapun, memenuhi keperluan adalah keutamaan setiap anak tidak kira dalam apa keadaan sekalipun, kehendak juga perlu diusahakan sedaya mungkin walau nampak zahirnya akan membebankan, tetapi yakinlah bakti kepada ibu bapa akan tunai di balas Allah di dunia lagi, segera pasti.

Tidak perlu takut untuk sedikit beban yang akan tidak ternilai kiraan pahala disisi Allah itu. Yang perlu kita risaukan dan pinta ialah keredhaan ibu bapa yang mensyiarkan redha Allah serta menjamin keberkatan hidup kita walaupun dalam apa jua keadaan, Insya-Allah. Dengan keredhaan inilah pintu segala kebahagiaan, keredhaan akan dapat dibuka dan dinikmati kelak, itulah kuncinya.

Suatu hari ketika balik bercuti ke kampung dari ibu kota saya madah dengan jelas kepada kedua ibu bapa saya selepas menunaikan solat jemaah bersama-sama : “Umi, Abi..Abe nyusoh ko abi nga umi hampir 20 tahun lebih doh. Jadi lepah ni iktikad Abe tok sir doh nyusoh ko Abi nga Umi dale segenap hal. Cumo Abe nok dari Umi nga Abi, doa ko Allah mintok Abe berjayo dunio akhirat, insya-Allah Umi, Abi dan adik-adik akan tumpe sene insya-Allah. Selagi perkara yang Abe buat lepah ni tok langgar hukum Allah mintok Umi nga Abi redho..”

Maksudnya : “Umi, Abi..Abang dah menyusahkan Umi dan Abi hampir 20 tahun sudah. Jadi lepas ni iktikad Abang takkan menyusahkan Umi dan Abi lagi dalam segenap hal. Cuma Abang mintak dari Umi dan Abi doakan abang berjaya dunia akhirat, insya-Allah Umi, Abi dan adik-adik akan tumpang senang insya-Allah. Selagi perkara yang Abang buat lepas ni tak langgar hukum Allah mintak Umi dan Abi redha..”

Disimpul-simpul

Perlulah disedarkan bahawa antara realiti dan rasionaliti ada satu istilah lagi yang mampu memansuhkan hegemoni pemikiran yang objektif itu. Istilah berkat adalah suatu perkataan yang tidak pernah diajar dalam silibus mata pelajaran yang berkiblatkan kebaratan. Malah ahli falsafah dahulu kala hingga sekarang jika mereka itu bukan Islam tidak pernah menyingkap serta memperkatakan tentang berkat. Hanya Islam yang membawa, mengajar dan mengharap kepada keberkatan.

Maka jika kita butuh dan berusaha dengan sepenuh harapan serta melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada tuhannya, umat kepada Rasulnya dan anak kepada ibu bapanya. Jadi perlukah lagi kita sangsi tentang keberkatan? Malah terhadap kepertanggungjawaban kepada kedua ibu bapa? Fikirkanlah.


p/s : sy sayang ibubapa sy :-)

..::teNtaNg JoDoH::..

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,”
kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat?
Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain.
Gambar dan cara-cara yang lain ada,
tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri itu Amanah

“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh.
Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan.
Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama.
Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”
Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara.
Pertama, jadilah orang yang baik,
Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik.
Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik.
Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, guna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”

Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”

“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

P/S

Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.

Ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.

Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!

HiPoKriT Vs mALu

Salah satu sifat yang sehingga kini masih terpendam dalam diri ini… sifat suka perhatikan pelbagai jenis kehidupan didunia ni..alam yang dicipta dengan penuh keindahan oleh sang penciptanya..haiwan yang punya keunikan tersendiri..malah manusia dengan kesempurnaan yang sememangnya telah dinyatakn oleh Allah..

Sesungguhnya manusia adalah sebaik2 ciptaan..

Namun disebalik kesempurnaan yang dianugerahkan..manusia itu sendiri yang salah menghiaskannya dengan perwatakan dan gelagat yang menjadikannya tidak sempurna..malah sering menyalahgunakan anugerah yang diberikan...bila perhatikan pelbagai jenis manusia..aku temui bermacam watak yang ada..bukan ingin mencari kelemahan orang.. tapi bila berjumpa dengan pelbagai gelagat manusia..ia boleh memberi inspirasi untuk aku manjadi lebih baik..dan mengubah segala kelemahan diri yang ada..mungkin sesetengah kelemahan kita tu dapat dilihat melalui perwatakan orang lain..

Kali ini salah satu lesson yang aku dapat..mengenai hipokrit..manusia yang hidup kat dunia ni agaknya xpernah putus dari sikap hipokrit.. jelek sangat kot bila kita berkelakuan jujur.. memilih sesuatu yang menyelesakan diri tanpa pedulikan pandangan orang lain terhadap kita..nak jaga standard diri..takut orang cakap kita TAK DE CLASS..eee..plezz la..aku pun kadang xpaham betul dengan sesetengah makluk yang sebegini..

Pernah berpeluang bertemu sekumpulan kecil manusia..a long time ago..but aku still ingat hingga kini.. bila dengan penuh keterpaksaan hati memilih untuk menonton story dari luar..dan dengan lupa diri memperlekehkan drama tempatan yang mempunyai unsur pengajaran, malahan rasanya lebih dekat dijiwa..hanya kerana KEEGOAN yang xpernah pudar dalam diri..MALU ker bila orang mengetahui kita menonton filem2 or drama2 tempatan..yang ada mesej tersendiri..LOWCLASS sangat ke bila kita xsokong cerita Hollywood..sedangkan dalam diri meronta2 nak mengetahui kesudahan cerita yang orang kita sendiri buat…mereka ingat aku ambik pot ke cerita apa yang mereka suka..eee..tak payah nak belakon depan aku laa..aku sikit pun xhairan apa jenis story yang korang suka..tp yang penting DON’T BE HYPOCRITE laaa..tak kemana pun lakonan korang..last2 boleh tahu jugak sifat asal…

One case..masa ada keramaian kat tempat aku..tahu2 je la..golongan yang turut serta tu sapa.. mak cik2 tu ofcos la datang..boleh pulak somebody ini datang dengan berpakaian xberapa senonohla pada pandangan aku..wanita..pertengahan 20an.. u know wat..berpakaian seolah olah telanjang.. dengan hanya memakai inner , yang dengan mudah boleh menampakkan bra warna apa yang dipakainya..kain pula seboleh2nya xnak jahit langsung..tutup sekadar paha..bila duduk..maka terbuka la kain tu menampakkan betis yang dalam minda sipemakai tu cantik sangatla...tapi reti pulak memakai tudung..bila ditanya kenapa berpakaian sebegitu..katanya xnak menampakkan kekampungan sangat..masyaAllah..terkejut aku mendengarnya.. HINA sangat ker bila kita majaga adab ketimuran kita..ignore kan je pandangan orang terhadap kita..yang penting pandangan Allah pada kita..kenapa nak hidup dalam hipokrit semata2 nak tujuk diri dah advance..bukan macam orang2 kampung yang lain…pelik2..malu ke bila berpakaian menutup aurat.. malu n takut orang cakap ketinggalan..kolot..xmaju..

Tapi xpulak malu bila xmengikuti suruhan Allah dengan sebaiknya.. xpulak malu bermaksiat atas muka bumi Allah seolah-olah bumi ni milik dia…Ya allah jauhkan aku dengan sifat yang sebegitu.. kini dan selamanya…

hmmm,,msti korng dah teramat biasa dengar perkataan hipokrit ni kan.. tp prnah ke korng terfikir dengan teliti word tersebut..what the meaning?aku perhatikan orng2 yang diberi peluang hidup kat dunia ni kan semua ada sifat hipokrit dalam diri..cum bezanya samada banyak atau sikit je sifat hipokrit dalam diri seseorang tu..xtahu kenape n mengapa..?even aku sendiri pun ada sifat hipokrit tu kan..mungkin aku je yang xsedar..harap2 la hipokrit aku tu bukan ditahap yang serius serta boleh merimaskan orang sekeliling..

The reason i'm writing this is bcoz, i frequently hear people say:
"Girl tu dasyat giler buat mcm tu..nampak je alim... Kalo aku xpela, aku mmg jahat... Aku bukan HIPOKRIT mcm die"
Bagi aku, ayat ni je dah hipokrit..kita sepatutnya berpakaian menutup aurat..menutup aurat n mempamerkan jati diri yang baik tu wajib..kalu di ukur hanya pada luaran..ramai la orang2 yang berpakaian menutup aurat akan di cop hipokrit..xmasuk akal.. u should realize at times when u gossip about other people, it's actually just to make u feel gud about urself..

..the word hypocrite is misused and overused la bg aku. most people nowadays sesuke hati je nak gune perkataan tu. semua benda pun nak label hypocrite. to me, people assume too much.. suke sgt nak go against the norm.. kononnye lain dari yg lain ah.. yg elok dan normal tu dorang ckp 'HYPOCRITE'.. as for me,hypocrite tu bila kita paksa diri buat benda yang diluar kebiasaan kita semata2 untuk menjaga standard diri..tp tak termasuk paksa diri kearah kebaikan yang sememangnya dituntut..jangan sampai orang yang bersembahyang or menutup aurat dengan ikhlas...mahupun berusaha ke arah kebaikan jugak dikatakan hipokrit..tu lain bab pulak kalu ada niat menunjuk2..di panggil RIAK..

aMatUr

How You Can Get Rich From Property & Stock Market (Amatur)

Penulis buku ni ialah Milan Doshi, quite famous among local gurus. Milan Doshi buat duit daripada pasaran saham & hartanah. Dalam saham, cara yang dia kenalkan mudah saja. Beli masa ada krisis yang anda pasti akan berakhir.

Contohnya borong saham AirAsia masa kemelut SARS dan jual balik lepas semuanya berakhir. 100% in less than 12-month langsung tidak mustahil, no joke.

Dalam pelaburan hartanah, Milan Doshi beri penekanan pada hartanah komersil. Sebabnya, kadar pulangannya berganda-ganda lebih banyak daripada residential.

Tahun lepas dia beli lot kedai (tingkat berapa entah) di Berjaya Times Square for RM1.5mil. Lagi satu portfolio dia yang paling popular must be service apartment 2-bilik Sommerset Bukit Ceylon dekat Bukit Bintang.

Kelebihan buku ni dia tunjuk secara detail apa yang perlu anda cari dalam usaha mencari sumber pelaburan & perbandingan yang perlu dilakukan sebelum betul-betul terlibat dalam sesuatu pelaburan. Siap ada formula, graf & gambar ilustrasi.

Benda yang paling saya tak suka pasal buku ni ialah saiznya yang besar. Susah nak bawak gi mana-mana. Saiznya yang pelik membuatkan susunan rak buku tak berapa cantik, huhu. Elok-elok semua sebaris tiba-tiba terjojol buku yang satu ni. Haish…

Dua buku di atas bukan la everything. Banyak lagi buku yang saya sendiri baca. But I think you’ll find books yang ditulis oleh Azizi Ali & Adam Khoo mudah difahami. Kalau setakat nak increase awareness pasal hal-hal pelaburan or upgrade financial literacy anda, Majalah Personal Money juga boleh membantu. Lagi pun harganya lebih murah daripada beli satu-satu buku.

Or, sorang beli satu buku kewangan then tukar-tukar sesama kengkawan.

BeGiNneR

Buku kewangan kini sangat berlambak di pasaran. Terlalu banyak buku sampai buat kita runsing tak tahu mana nak baca dulu, kan? Bila saya mula-mula berminat nak belajar selok-belok kewangan ni, buku terbitan tempatan tak berapa banyak & agak membosankan. So end up banyak baca buku US & UK. Tapi over the years, I ada pick up few books yang I think worth reading.

Teruskan membaca kalau nak tahu apa & kenapa.

Rich Dad Poor Dad (Beginner)

Ni memang la buku yang paling TERpopular. I first read this book masa tahun ke-2 di university. Masa tu umur pun baru 18-19 tahun. I get to read this book sebab buat OmegaTrend masa tu. But seriously, lepas baca tutup buku and tidur. Tak tahu la pebende yg aku baca, mungkin sebab tak nampak lagi kepentingan pengurusan kewangan masa tu. Yang penting duit scholarship untuk enjoy! Muahaha….

2nd time I read masa 4th & 5th year degree dan kali ke-3 masa menganggur tunggu tawaran kerja. Hanya lepas baca kali ke-3 baru terkesan.

Benda yang saya suka pasal buku ni it’s style of story-telling. Kebanyakan buku kewangan sukar difahami but not this one. Just like hal-hal finance kita semua pening tapi kalau baca apa yang I tulis confirm faham kan? Haha. Sebabnya Robert Kiyosaki bukan financial expert tapi adalah marketer. He just know HOW TO SELL.

Negatif side, buku ni terlalu theoretical. Hampir semua orang yang baca buku ni pasti tak sabar nak mula melabur dalam hartanah sebab gaya cerita Robert Kiyosaki as if pelaburan hartanah ni tadek risiko. Kedua, tak habis-habis dia memburukkan pasaran saham & unit trust. Hanya kerana this guru tak suka doesn’t mean u should too.

Eps>3::sEsyAhDu laUnGan aZaN::

yyyeeeeeeeeeeeeeeeeee

**cInTa iLLaHi**

Udara pagi menghentakan diri... Saat jiwa terasingkan dari dunia nyata... Tersadar termenung dimanakah jiwa ini... Sudah kembalikah ke jasadnya atau masih di atas sana... Tiba tak kira merasakan udara hangat di hati ini... Saat cinta Nya merasuki jiwa... Bergegasnya ambil air untuk sucikan hati dan jasad... Dalam keheningan malam ditadahkan tangan ke langit... Sujud sembah seorang pencinta merindukan belaian kasih sayang Sang pemberi cinta... Dalam tadahan tangannya itu dibanjiri air suci... Diiringi bisikan rindu bergemuruh... Dialiri hati meringis betapa sangat cinta kepada Dia dan Yang telah dicinta... Semoga dipertemukan dalam tali kesucian... Benang keridhaan... Jiwa keikhlasan... Dalam kehidupan kelak... Bersama Nya.. .Amin ya robbal alamin.

Saturday, October 02, 2010

peNjaGaan MaTa

Petua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dsb.

Petua Menjaga Kesihatan Mata

1. Setiap kali mandi atau berwudhu’ (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah…jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa…hehe…dan mata anda juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak?? Itu senang jer, lawatlah blog saya ni selalu, ada banyak warna hijau di sini…kuikuikui terkena korang.

4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb.

5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat…terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda…hehe, faham-faham sendirilah ye.

Ok, setakat ni je, lain kali saya bagi petua lagi.

sedih

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada
Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni
Seharum wangian kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanya kan bermula di sini