::::PenJaLaNaN mEnCaRi eRti sEbuaH keHiDuPan::::

Tuesday, March 29, 2011


Sunday, March 27, 2011

Riwayat Hidup Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.


Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab, kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama, tetapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya Rabiatul Adawiyah akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa di samping ayahnya hinggalah dia dewasa. Apabila ayahnya meninggal dunia. dia menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.


Suatu hari timbul kesedaran di hatinya dan merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. Di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyeksanya, kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.


Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumahnya telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.


Pada masa yang sama di luar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang di sebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.

Monday, March 21, 2011

**GaJi taK nAik**

Luahan masalahku pada kak jemah

"atoi..!!! apa lagi masalah ko ni pun...”sapa kak jemah padaku saat aku terjumpa dengan kak jemah di tesco kota bahru 2hari yang lepas…"Macam ni kak jemah,saya ni dah kerja kat satu company ni dekat setahun dah… tapi bos saya ni tak pernah terfikir pun nak naikkan gaji saya.. kawan2 yang lain yang kerja pun belum cukup setahun dah dinaikkan gaji depa.. macam x adil pulak la kan..yala..kak jemah tahu la sekarang ni kan smua benda makin mahal..nak2 ada satu spesis tu sibuk nak naikkan harga minyak..bukan itu je kak jemah, macam2 benda nak kena guna duit..mcm sy ni,nak kena byar pnjaman ptptn lagi, bagi ihsan kat parents, bil tel, bil air, bil broadband n mcm2 jenis bayaran lgi.. " kak jemah dengarkan je bebelan aku sambil dia tolak troli dia..shoping sakan kak jemah ni..bisik hatiku.."kak jemah, bukan saya tak cari kerja lain tapi sekarang ni nak dapat kerja pun bukan senang..nak2 job yg setaras or gajinya lebih kurang gaji saya yang sekarang ni..nasib baik saya single lagi.. kalu nak ditengokkan kawan-kawan yang dah berumahtangga merungut, lagi kesian kak jemah oi..kak jemah ada tips tak,,nak setle kat problem saya ni...plezzz kak jemah..Tell me the way..
Maka dengan penuh semangat, kak jemah pun jawabla soalan aku…"wah..baru kerja setahun gaji xnaik, ko dah kecoh..cuba berfikiran positif sikit..n sematkan rasa bersyukur dalam diri.. InsyaAllah problem ko kan settle..kak jemah ni bukan nak berceramah atau nk bagi tazkirah,, cuma bg nasihat kat ko.. ramai lagi kwn2 ko yang xdapat kerja..kak jemah sendiri ni pun dah keja 10tahun pun gaji xnaik2 jugak dik oi....tapi kak jemah slumber je..wlapun keja kak jemah duk goyang kaki je kat umah..huhuh..dont marah2,,kak jemah melawak je..kalau kompeni tempat ko kerja tu boleh bertahan lagi, kira kompeni tu masih boleh buat keuntungan la..sapa nama bos yang kedekut tuh?? Tak tau ke sara hidup sekarang dah meningkat…macam ni la, apa yang kak jemah boleh tolong ialah ko buat la kerja partime..jual burger ker..jual nasi lemak ker,,kerja di kedai 24jam ke..dalam masa yang sama ko cari la kerja lain yang menawarkan gaji yang lebih baik di media massa atau internet…"


p/s : begitulah perbualan aku ngan kak jemah..

**YaNg kuRiNdUi**

mcm len je tjok dia kan,tp bknlh mksd rindu kt c2,cm terkenang...ble trgt blek,rse nk gelak besar je..huhu,lawak sgt,besa la,org bru nk jd matang,mcm2 la dtg..

ni kisah time study dlu,tba2 aku terkenang blek, 2nd year aku kt situ ,dlm setahun sdah aku kt c2,jarang pulak aku ternampak muka dia..satu ari tu da la perhimpunan kt dewan ilmu..dpan pjabat kolej kediaman aku..aku dgn smgtnya dok agak depan la ngn wani(bes friend)

2,3 hr lpas 2,aku jumpa dia, kerap lak 2,g office jmpa,g kedai jmpa,g library jumpa,kre mna2 je msti aku nmpak muka dia,dia pn mcm da perasan tp aku xda la tunjuk kta aku ske dia,wt cm bese je,cm xkenal..tp dsbabkn dh sllo jmpa,dia pn dpt cm muka aku ni..
then,ada la kwn2 aku ni gtau dia bdk kelantan,g mna2 pn msti ngn geng dia yg rmai 2,malu btol klu jmpa dorg..ntah start dr ble,aku pn xprasan,tiap kali aku jmpa dorg,msti aku rse da org dok usya aku,xbrni nk pndg,tp 1 hr 2 aku nk tgk gak,aku pn agkt muka,rupa2nya SI DIA..adoi,malu gler2 aku time 2,geng2 dia plak dok sengeh2,senyum2 ntah pa2 je..

strt pd hr 2,tiap kli aku bertembung ngn dorg2 2,aku akn sembunyi,sboleh2nya aku xmau jmpa dia lgsg,drpda ske trus jd tkot..dia usya pelik sgt la,mcm nk mkn org,xpndg tmpat laen dh,eeee..
tp yg peliknya,tiap kali aku xmau jmpa ngn dia,tipa kali 2 la aku akn bertembung ngn dia n the geng,geram btol!...mula la aku xtentu arah,nk jln pn rse org dok pndg,nk wat pe pn xselesa,g cafe nk beli mkanan,igtkn xjmpa dh,pn jmpa gak..pdahal 2 cafe pmpuan,sje nk beli mknan kt c2 gak,hisy..semua peristiwa2 2 berlalu sehari demi sehari dgn keadaan aku yg sgt xselesa,yela,nk p mna2,kena tgk line dlu,dh mcm penyangak je..

tp da 1 hr 2,aku bertembung ngn mmbr2 dia je,dia xda..aku dh la jln sorg2,eeii,smpat lg la dorg 2 nk menyakat aku,yg sorg si botak 2 tgk aku mcm tgk hantu je,isyh...dorg dok sebut2 nma dia smbil dok jln trus tepi aku ni..xtau la kan nk bygkn mcm mna aku time 2,rse nk menyorok bwh keta pn da,geram sgt2...smpai la hbes 1st year kt c2,dia pn kuar dr mtrik coz setaon je kt c2..tp aku cba2 cr dlm fs,rpa2nya dia dok ukm skrg,amek bhgian kimia kot..dh berjaya dh,tp kenangan kt mtrik 2 mmg aku xdpt lupa,lawak sgt2 ble trigt blek..nma dia pn aku xpasti sgt smpi skrg,scandal je lebih,haha..hopefully,dia or slh sorg geng dia xbca post aku ni,klu x mmg memalukan..haha,sekian~~

Friday, March 18, 2011

:::so TiRed:::

Demi sebuah kehidupan..
aku gagahi jua..
walau badan menghantar isyarat penat..
jiwa pun dah xstabil
ingat nak tido je ni..
dan kalau boleh nak cuti lama2..
sekurang2nya 2minggu..
refresh balik mana yg patut...
but..hanya boleh berangan je..
kenyataan memng susah..

Wednesday, March 16, 2011

::**kiTa iBaRaT eMas yaNg diKetUk**::

Seorang yang berperibadi kuat seumpama besi waja, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam untuk menghadapi hidup; sebaliknya, seorang yang berperibadi lemah laksana timah apabila terkena api ia akan hancur, apabila terketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ayam kampung perlukan sepuluh orang untuk menangkapnya. Ia akan lari sekeliling kampung. Sepuluh orang mengepung di sana, menghambat di sini, menerpa di sana dan tersungkur di sini, namun ayam kampung masih gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas sepuluh orang baru dapat menewaskan seekor ayam. Tatkala ayam itu disembelih, tiba-tiba ia bangkit, berjalan keliling rumah dengan kepalanya sekali-sekala terkulai ke bawah. Ia berjalan lagi hingga akhirnya rebah.Maka tamatlah riwayat seekor ayam kampung.
Seekor ayam bandar (sangkar) dikeluarkan dari dalam sangkar. Ia diletakkan di luar dan dibiarkan lepas. Ayam bandar ini terteleng-teleng, melihat sana, melihat sini. Kemudian dia melangkahkan kaki, masuk kembali ke dalam sangkarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa selama mana berada di dalam sangkar semudah itu nyawanya akan melayang, selama mana dia berada di luar peluang untuk dia lari menyelamatkan diri lebih terbuka luas. Itulah berbezanya ayam kampung dengan ayam bandar.

Cabaran hidup telah menjadikan ayam kampung begitu bertenaga, berani dan punya wawasan, sedangkan ayam bandar tidak nampak peluang dan menjadi begitu lemah lagi malas. Kesusahan sentiasa menjadi penunu untuk seseorang itu muncul luar biasa bagus dan hebat sekali, sebaliknya kesenangan pasti akan menyebabkan kelemahan, bukan sahaja tubuh badan kadang-kadang dalam soal peribadahan. Orang yang hidup dalam tekanan adalah umpama besi waja. Ia keras dan sukar dikalahkan. Seseorang yang hidup dalam tekanan dan kepayahan sebenarnya sentiasa lebih kuat dan padu daripada mereka yang hidup dalam kesenangan. Maka itu, seorang yang miskin kadang-kadang lebih hebat peribadinya daripada seorang yang berada. Kekayaan adalah kekuatan dalam kelemahan, sedang kemiskinan kelemahan dalam kekuatan. Jadi, usahlah marah dengan keadaan jika anda tidak tergolong dalam kalangan orang senang.

Pada satu segi anda lebih kuat dan lebih hebat daripada orang senang. Kadang-kadang orang senang terlalu lemah hinggakan untuk menukar kepala paip yang sudah longgar perlukan orang kurang senang untuk melakukannya. Bukan disebabkan dia terlebih wang tetapi benar-benar kerana memang tidak pandai. Orang yang tidak pernah teruja oleh cabaran selalunya menjadi kian lemah sebaliknya orang yang hidup dalam ujian selalu bertambah kuat. Seorang gila selalunya tidak terurus segala hal, dia merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat. Pakaiannya tidak pernah berganti, makan minumnya apa-apa saja yang dijumpai. Tidurnya tidak menentu, tetapi dia kelihatan sihat. Jarang nampak orang gila terlantar sakit, tetapi hospital menjadi tumpuan orang normal dan hidup senang. Usah rasa tidak selesa dengan cabaran sebab cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Hanya orang yang lemah akan menganggap cabaran melemahkan.

Cabaran bukanlah nasib malang tetapi ia membuka peluang. Jika peluang tidak terlihat ia tetap bernilai pengalaman. Pengalaman itu tidak ternilai harganya, ia tiada dijual, ia hanya ada pada orang yang mengalami. Semakin kesusahan itu mengetuk, semakin ia membentuk, ibarat seorang tukang emas menempa emas untuk dijadikan perhiasan wanita, semakin diketuk semakin berharga, semakin diketuk semakin tinggi harganya.

Apakah kita seperti emas yang sedang diketuk itu ?

Monday, March 14, 2011

:::berSedia berPinDah:::

dalam kekalutan mengemas barang2 untuk berpindah,,
tetiba2 terdetik dihati,,
selalu kena bersedia berpindah tmpat keja..
dari satu tempat ke satu tempat..
mujur lah aku ni jenis yg suka travel,,
jadi hati ini x berat sgt,,
cuma jauh disudut hati ini sedikit merungut..
kenapa xberikan tempoh notis yg lebih awal..
sekurangya 3hr untuk aku buat sedikit persiapan..
memng dari awal2 keja lagi dh kena set minda untuk
bersedia berpindah bila2 masa diperlukan..
lalu aku termenung sejenak..
bersediakah jiwa n minda aku untuk berpindah kehidupan..
dari kehidupan dunia kepada kehidupan akhirat
ada ke pemberitahuan awal2 yg aku perlu berpindah..
atau hanya beberapa minit sebelumnya..
so, aku bukan je perlu sediakan minda aku
untuk berpindah tempat keja tapi perlu jgk
bersedia untuk perpindahan ke tempat abadi..
yang sememengnya pasti n harus terjadi..
cuma xdiketahui bila masa n tarikhnya..

::seLaut kaSih::

sedang asyik bergelak tawa..
jiwaku terdetik..
aku merasakan satu kelainan..
aku tercari2..apa yag tak kena..
aku pandang kiri,,
aku pandang kanan,,
aku xtemui jawapannya,,
kenapa? mengapa??
aku serba xkena..
lalu aku berlari mendapatkanmu..
aku memanggil2 namamu..
tiada jawapan..
kau dah merajuk ke dengan aku??
kau xdengar ke suara aku???
kau dh benci aku??
puas aku mencarimu..
akhirnya aku dapati...
yang aku dah kehilanganmu..
aku kecewa..aku sedih..
mengapa aku xpernah sedar
yg aku telah kehilanganmu...

p/s: jgn smpai xsedar kehilangan Allah dihati..

Friday, March 11, 2011

KerEdhaan ilLahi

ku mengharapkan keredhaan Mu yg Allah

Wednesday, March 09, 2011

::ALLABOUTLIFE::

hidup ni memang memenatkan..
makin difikirkan makin menekan jiwaa..
tp wlbgmana pun kita kena kuat semangat
kena tabah hadapi setiap dugaan yg mendatang,,
nikmat dan ujian tu adalah makanan kehidupan..
mungkin sesuatu nikmat tu lebih bermakna bila
kita dapat kecapinya selepas melalui ujian..

Tuesday, March 08, 2011

"":::sUpPleMeNt n VitaMiN:::""

Kita sering kali mengambil berat tentang kesihatan fizikal..
ada yang tak pernah lupa ambik bermacam2 jenis supplement..
tapi kita lupa yg rohani jgk memerlukan supplement yang berkualiti
untuk menjamin jiwa dan rohani kita sentiasa sihat..

Monday, March 07, 2011

::::BerUbaH-UbaH niAt::::

Semalam aku teringat sesuatu..
sebelum ni aku telah niat bernazar
bila aku dapat sesuatu yg aku nk tu..
aku akan belanja semua bdk2 kat tempat keja aku..
tetiba bila dh btul2 dapat boleh pulak aku terlupa..
nasib baik belum terlambat..
ni aku ada cerita yg ada kaitan ngn situasi aku..

Seorang pemanjat kelapa berada dlm keadaan yg sgt merbahya..
ketika dia berada di puncak pokok kelapa,
tiba2 ribut melanda berserta angin kencang
sehingga kakinya tergelincir.
tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yg berjuntai..
keadaannya seprti telur dihujung tanduk..
dalam keadaan yg sgt genting itu dia berdoa..

"Ya Allah, selamatkanlah aku daripada terjatuh.. Jika selamat,
aku akan sedekahkan seekor lembu untuk org miskin.."

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut
kembali pada batang pokok..
namun ribut masih bertiup kencang..
keadaannya walupun agak lebih baik daripada sebelumnya..
tetpi dia masih lagi belum selamat..
dia berpaut sekuat2nya pada batang pokok tersebut,
n berseru lagi

"Ya Allah, sekiranya engkau slematkan aku drpd jatuh,
aku akan sedekahkan seekor kambing untuk org miskin.."

setelah bersusah payah, dia berjaya turun
hingga ke bhgian tgh pokok kelapa..
harapannya untuk selamt kian hampir..
walaupun angin ribut masih bertiup kencang
kali ini dia berseru lagi.

"Ya Allah, kalau engkau selamtkan aku,
aku akan sedekahkan 3 ekor ayam untuk org miskin.."

akhirnya dia sampai pada kedudukan yg lebih rendah
dan doanya berubah lagi....

"Ya Allah, sekiranya aku selamat,
aku akan sedekahkan seekor ayam untuk org miskin.."

ribut telah berhenti dan dia telah berada
dikedudukan yg selamat..
dia pun melepaskan tangannya daripada pokok
lalu berpura-pura jatuh..

"Ya Allah, rupa2nya aku jatuh juga...
Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa2 pun..."

Moral : dlm keadaan susah manusia sering ingatkan Allah, tetapi apabila senang manusia mudah melupakanNya.. Ironinya, apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakanNya....

Friday, March 04, 2011

bila hati xmahu berbicara lagi

aku selalu berbicara dgn hati aku..
tp kini kenapa dia dah xmahu berbicara dgn ku lagi
merajukkah dia,,
aku bisa jadi xtentu haluan bila hati ku terus terdiam
segala geraklaku ku perlukan dorongan dr haty,
wahai hati,,berbicaralah..jagan biarkan aku truss tertnya,

Thursday, March 03, 2011

==eRti KehiDuPan==

aku umpama rajawali..
terbang tinggi diawanan..
meneruskan perjalanan hidup..
yang penuh ceritanya..
sesekali singgah untuk mencari
setitik air menghilangkan dahaga..
dalam persinggahan yg sementara ini
kutemui makna dan erti
sebuah kehidupan.
terdengarlah
lagu lama
aku perhati n hayati setiap patah
perkataannya..
aku rasa ia bisa mengajar
erti kehidupan
Hidupmu ibarat daun
Segar hijau menumpang ranting
Siang berpanas malam berembun
Warna hijaumu kan berganti kuning

Hidupmu semusim alam
Terang gelap bertukar ganti
Jangan dirimu lemas didaratan
Haus dahaga di telaga budi

Haruslah engkau mengerti
Hidup dengan kenyataan
Haruslah kau menginsafi
Sebagai satu kesedaran

Carilah jalan yang benar
Jangan hidup diburu dosa
Jujur dan ikhlas yakin dan sabar
Jadi pelita di sepanjang masa

Wednesday, March 02, 2011

never be replace

Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
All the love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
The love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced

I love you yes I do
I'll be with you as long as you want me to
Until the end of time

From the day I met you
I know we've be together
And now I know I wanna be with you forever
I wanna marry you and I wanna have your kids
Thinking never compare to the feeling of your kisses

I can say I'm truly happy till this day
You make me thank God that I live my life every day
There's never been a doubt in my mind that I'd regret
Ever having you by my side.

But if the day comes that I have to let you go
I think there's something I should probably let you know,
Enjoyed everyday that I spent with you and
I will miss you cause I'm happy that I had
You at all.


Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
All the love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
The love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced

I love you yes I do
I'll be with you as long as you want me too
Until the end of time