
Thursday, January 13, 2011
keTika CinTa beLum beRtaSbiH
"Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).
Kahwin!
Di usia 27 tahun kini, salah satu perkara yang masih terus mendilemma di dalam minda aqli diri ini ialah tentang perkahwinan. Bukan sekali dua persoalan ini diajukan kepada diri sama ada oleh ahli family, sahabat handai dan rakan taulan, malah sudah menjadi persoalan lali. Ini ditambah dengan berita teman-teman seperjuangan yang semakin ramai mendirikan rumahtangga malah sudah ramai yang beranak-pinak!
Sebenarnya, segala keperluan untuk menunaikan tuntutan fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini sudah mencukupi. Persoalan bila dan dengan siapa biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang pasti, jiwarasa semakin terpanggil dengan hadith berikut, sebuah sabdaan Baginda Rasulullah SAW yang kian membuka mata hati! Alhamdulillah.
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah".
Cuba cerminkan diri,mungkin ada yang tak kena dengan diri,mungkin diri ini masih belum layak memikul amanah yang besar itu,,bebanan yang sedia ada pun seringkali terabai, meluangkan beberapa minit masa untuk DIA pun kadangkala tergendala, apatah lagi nak tambahkan amanah yang lain..
Wednesday, January 12, 2011
aku masih disini
"my friends,to love someone is nothing,to be loved by someone is
something,to be loved by someone you love is exciting,but to be loved by
Allah is everything............remember that,don't forget"
"Kiranya tiada cinta insani untukku..Cukuplah cinta الله penyuluh hidupku..Moga kelak ada CINTA untukku daripada insan yang mencintai الله sebagaimana cintaku terhadapNya..
Aku ingin belajar menyintai Allah dan setia kpdNya..jika aku prnah menyintai seorang lelaki dan prnah setia kpdanya..mengapa tidak aku cuba utk setia kpd Allah..Cinta kta pda Allah tidak akn kecewa..sedangkan cinta pada manusia???pasti akan kecewa jika tanpa cinta padaNya..cintailah Allah sebelum menyintai insani lain..
Hidup ini indah jika kita hidup berlandaskan cara hidup islam yang sebenar-benarnya..
Ingin menuntut ilmu yang bermanfaat dan mengamalkannya agar menjadi panduan dalam menjalani hidup ini..
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”
Ingin bina rasa cinta dan sayang itu dalam acuan yang menurut perintah Allah..ingin menjadi isteri yang solehah buat suamiku..insyaAllah..
Ingin mendidik anak-anakku menyintai Allah dan mencari redhaNya..InsyaAllah
Aku menganggap apa jua yg brlaku dalam hidupku susah atau senang,baik atau buruk adalah ujian dariNya utk mengujiku..semoga aku tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dariNya..insyaAllah..
Semoga Allah menjadikanku dikalangan orang yang bertaubat,suci bersih dan beramal soleh..amin
Apa yang prnah berlaku dlm hidupku sebelum ini akn aku jadikan sbg pengajaran yg paling berharga dalam hidupku..yang mengajar aku erti kehidupan yg sebenar..
Bila hati berjuang krn Allah ,dugaan itu tmpt bersinggah..keperitan ditelan sbgai juadah..kejayaan di anggap 1 mimpi indah,tetapi andai ditakdirkn untuk rebah,hati ini tetap redha krnNya..
✿ Prinsip ABC ✿
✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru
Ya Allah
Pimpinlah diriku menjadi muslimah bertakwa,
muslimah yang solehah...
Andai aku tersasar dari landasan,
kau kembalilahkan ku pada jalan-Mu.
Biarpun ku menangis air mata darah sekalipun
Hidayah-Mu amat penting bagiku...(-_-)
Tuesday, January 11, 2011
Deritu iTu teMankU
Sering kali aku tertanya-tanya apa yang ada di benak fikiran burung-burung itu? Kadang-kadang terbang sekawan dan kadang-kadang berseorangan. Mungkin tidak ada apa yang difikirkan hanya terbang dan makan bagi meneruskan kehidupan. Mereka sering ke sungai itu dan sungai itu memberikan mereka kehidupan.
Alunan Hidupnya
Sungai yang sudah lama meneruskan kehidupannya di sana. Dan sudah banyak riwayat tertulis di atasnya. Sehingga kini sungai itu masih lagi mengalir tanpa henti tidak kira ke mana haluannya, dan ia dilihat begitu deras. Aku tidak pernah ke sungai, dan persahabatan kami hanyalah dari jarak yang jauh. Sering aku mendengar sungai itu mengeluarkan bunyi. Seolah manusia yang sedang berkata-kata.
"Pesanan apa yang hendak kusampaikan padamu sungai? Nyata aku tidak punya apa-apa pesan yang ingin kutitipkan. Aku cuma merasakan diriku sama sepertimu, mengalir tenang di atas pandanganku. Pesanan apa yang kau ingin aku sampaikan? Kau sungai seperti diriku yang mengalir di alur kita masing-masing. Bezanya aku di sini hanya mengalir di sebatang jalan ini; jalan sungai. Sudah ratusan tahun aku menjalani alur ini."
Umpama Sungai yang Mengalir
Tamsilannya adalah seperti sungai, jika masih ada antara kita kecewa, putus asa dan sedikit berduka masih belum dapat apa yang terbaik dan yang diimpikan, jangan berkecil hati. Jangan cepat melambai sapu tangan putih lantas mengaku kalah. Kadang-kadang kita akan diuji sama ada kita benar-benar serius terhadap apa yang kita inginkan.
Ujian akan datang dalam pelbagai bentuk halangan, rintangan dan hal-hal yang membuatkan kita tidak berdaya lagi. Menyerah adalah pilihan yang mudah yang boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Tapi, menyerah tanpa melakukan apa-apa tidak akan membuatkan kita jauh lebih baik.
Jangan Berbalik Arah
Saat api padam, mungkin itu adalah saat kita menyatakan kita ingin menyerah kalah. Mari kita belajar dan lihat dari air sungai yang mengalir. Air terus mengalir ke satu arah dan tidak peduli apa yang terjadi. Walau ada sebesar batu yang wujud di tengah-tengah air tidak akan berhenti. Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berbalik arah. Tidak pernah berhenti untuk mengalir hanya kerana beberapa panahan di hadapannya.
Kita juga boleh belajar daripada prinsip air sungai yang mengalir. Maju ke hadapan demi impian yang ingin dikecapi. Air juga tidak pernah gerun apabila berada di tepi air terjun. Mengalir dan terus mengalir dan semangat yang tidak pernah membuat kita gentar. Semoga air yang mengalir akan mengubah diri kita dan persis yang mudah menyerah kalah. Namun percayalah You don't know what the future holds, but you know Who holds it.
Sunday, January 09, 2011
Saturday, January 08, 2011
HaTi Oh HaTi

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.
Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?
Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.
Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?
Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)
Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.
Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)
Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?
Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.
Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?
Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?
Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?
Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?
"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...


