::::PenJaLaNaN mEnCaRi eRti sEbuaH keHiDuPan::::

Monday, February 28, 2011

DoA :: janGan miNta diseGaraKan

Firman Allah s.w.t yng bermaksud "Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu.. nescaya akan Kuperkenankan bagumu. Sesungguhnya orng yg menyombongkan diri daripada menyembahKu akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina.."(surah ghafir 40:60)

Saturday, February 26, 2011

BeRdoALah:::

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya.


p/s : selalukah aku berdoa??
ikhlaskah doa yang aku panjatkan.. @_@

Wednesday, February 23, 2011

myMuM,ciNtamU taNpa sYaRat


Jauh teLah lanGkahku jeLajah
DaKapmu laMa yaNg kuRindu
LuAs suDah kuLihat duNia
SeNyum mu uKiran terinDah

Tiap peRiLaku dAn buDimu
Tiap airMata tuMpah daRah
MenJadi perlaMbaNgan seJati
KaSih tak berSyaRat

Ibu reDup matAmu
MemaYunGi baHaGiaku
HaNya di taPak kaKimu
TerleTaknya sYurGa buaTku

Tuesday, February 22, 2011

tiPs MemiLih paSaNgaN

Manusia tidak dapat memilih siapa yang patut jadi ibu dan bapanya. Tetapi manusia masih ada ruang dan peluang untuk memilih siapa bakal pasangan hidupnya. Jika tidak boleh memilih, masakan ada pedoman agama dalam hal-hal yang harus dititik beratkan ketika pemilihan jodoh?

Nabi SAW sendiri ada memberitahu kriteria atau petua dalam pemilihan pasangan hidup? Antara lain Nabi SAW bersabda:

Wanita itu dikahwini kerana dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Hendaklah kamu pilih yang kuat agamanya, tentu akan menenangkan kedua tanganmu. ” Riwayat Bukhari Muslim dan lain-lain “.

Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir ketentuan Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar. Masakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya. Pemilihan bakal suami bagi seorang wanita adalah lebih kritikal sebenarnya.
Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata hingga melupakan pedoman syarak maka boleh membawa padah. Dibimbangi nanti pilihan suami tidak menyambung ke landasan utama jalan menuju syurga. Sebabnya suami sebenarnya ibarat ibusawat penghubung talian taat seorang isteri kepada Allah. Ia juga menjadi laluan turun cinta dan redha Allah SWT kepadanya.

Begitu juga bagi lelaki. Jika tersilap pilih calon isteri maka besar juga risikonya. Ini disebabkan dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memimpin seisi keluarga meniti jalan ke syurga. Kesefahaman dan kerjasama penuh daripada isterinya amat diperlukan untuk menjayakan tanggungjawab besar yang dipikulnya. Jika suami gagal mendidik dan memimpin keluarga, bukan sahaja anak isteri yang terhumban ke dalam neraka, bahkan dirinya sekali terikut sama.

Di dalam Islam, wanita ada hak untuk memilih bakal suaminya. Tanggapan bahawa wanita tiada hak memilih bakal suaminya adalah salah. Dalam hal ini Abu Hurairah ra pernah mendengar Nabi SAW bersabda:

Seorang wanita janda tidak boleh dinikahkan sebelum ia diminta pertimbangan dan seorang gadis perawan tidak boleh dinikahkan sebelum ia diminta persetujuan. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Di dalam sejarah ada banyak kisah wanita mempertahankan hak memilih suami. Antaranya ialah kisah Khansa binti Khidam yang mengadu kepada Rasulullah SAW mahu dikahwinkan oleh bapanya, pada hal dia tidak suka. Rasulullah SAW telah menolak keinginan bapa Khansa. (Riwayat Bukhari).

Dalam satu kisah lain yang diriwayatkan Bukhari, seorang bekas hamba bernama Barirah mempertahankan haknya tidak mahu berkahwin dengan Mughis meski pun disokong oleh Nabi SAW. Apabila ditanya oleh Nabi SAW, Barirah bertanya kembali: ” Wahai Rasulullah, apakah ini perintah buatku? “ Nabi SAW menjawab: ” Aku sekadar memberi syafaat “. Lantas mendengarnya, Barirah menolak peminangan Mughis dan Rasulullah SAW menerima keputusannya.

Malah ada berlaku dalam sejarah kisah wanita yang memilih lelaki (Rasulullah SAW) dan menawarkan diri untuk jadi isteri kepada baginda. Apabila wanita itu melihat Rasulullah SAW tidak memutuskan sesuatu terhadap tawarannya itu, lantas dia duduk – (Riwayat Bukhari Muslim). Diamnya Nabi SAW bererti tindakan wanita itu tidak dihalang. Begitu juga dengan wahyu yang masih turun waktu itu.

Bahkan ada diterangkan di dalam kitab fekah; apabila pilihan wanita tidak mahu diterima oleh walinya maka ketika itu berpindahlah hak kewalian Wali Mujbir kepada Wali Hakim. Asalkan pilihannya itu benar berlandaskan pedoman syariat (di mana calon suami kufu seimbang agama dan mampu mengadakan mahar) maka bapanya perlu menurutinya.

Jika dalam keadaan bapanya engkar maka gugurlah hak si bapa mewalikan anaknya. Menyedari tuntutan dan taruhan nikah dalam kehidupan maka sayugialah wanita menggunakan sebijak-bijaknya hak untuk memilih pasangan hidupnya.

Jangan ambil mudah dan terburu nafsu membuat pilihan. Lebih-lebih lagi jangan membuat keputusan berdasarkan desakan persaingan atau bimbangkan apa orang lain kata. Maka seharusnya terlebih dahulu mencari jalan untuk memastikan bahawa bakal suami faham peranan dan tanggungjawabnya serta berpotensi menuntun ahli keluarganya ke syurga.Â

Setelah merasa aman dan percaya terhadap pegangan agama dan hati budi calon suami maka terimalah pinangannya. Sehubungan ini Nabi SAW ada bersabda:

Apabila telah datang meminang lelaki yang dipercayai agamanya dan kejujurannya (amanah); maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” Riwayat Tirmizi”

Monday, February 21, 2011

rindu merindu

aku tgh kerinduan..
tersangat merindu..
sehingga tak terkata..
agak2nya aku rindu kat sapa yaa..
pakwe ker???
buah hati ker???
secret admire ker???
hmmm..kalau korng nak tau
aku rindu kat suasana kg ku..
kedamaian waktu malam
bertemankan bintang2 n cahaya bulan..
yang sentiasa bersinar terang..

(bulan tetap bulan..)

kenape???
kat tempat lain xder
bulan n bintang kee..
seperti korang tau..
negeri kesayanganku
satu2nya negeri yang
sentiasa dipenuhi bulan..
(huuuhuu..)
aku jugak merindu pada
makanan yang dah lama aku xjumpa..

nasi..
tp nasi yang aku makan
tiap2 ari xsama
dengan nasi yang aku rindu..

(makanan asasi...)


aku rindu menjamah nasi bersama
lauk2 yg simple tp sedap..
kalu ditanya pada
ank jati kelantan
lauk apa yg paling best
kat tmpat kitorg..
compen dorg akn teruja
makanan yang aku rindu ni..


(hmmm..pecah air liur......)

berkumpul ngan family
menikmati makan tengahari
yang menyeleraka
n..
ahhhh..cukupppp!!!
aku makin merindu..
(sedappppnyeee...)

nak makin sedap???
tambahkan cili padi,
asam limau,
dan durian..
fuhhh...
kalu korang suka makan petai..
lagi besssst..
cukup syaratnyaaa...
aduuuuiiii..tolong aku..
aku rinduuuuu...
agaknya bila aku boleh
meleraikan rinduku
yang kian menebal ni...

Sunday, February 20, 2011

tiada duka yang abadi




betul ke tiada duka yang abadi kat dunia ni..tapi aku terasa aku ni berpanjangan berduka,,

Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

im muslim

agama yg diyakini

Saturday, February 19, 2011

all about me..........







makanan yg aku paling suka.......

1 tomyam
2 laksa penang
3 coklat

minuman ygn aku paling suka........

1 susu,, terutamnya kalu sempat minum sebelum nak tido.. fuhh,,best giler.. tido pun tenang jee..

i like her


:::DHUHA oh DHUHA:::

Kali ni aku terdetik untuk kongsi rahsia dgn korang yg sudi baca post aku ni..
mesti korng selalu dngr mengenai fadilat n kelebihan solat dhuha.. seingat aku, aku mula amalkan sunat dhuha ni waktu aku from 6.. perjalanan hidup kat dunia ni sebenarnya penuh dengan cabaran dan dugaan..kita ni hak milik pencipta,, apa saja yang kita harapkan dan impikan xmugkin tercapai tnpa keizinan dari pemilik khidupan itu sendiri..macm mana nak minta keiznan dariNya..?? selain berusaha, ni lah salah satu cara yg paling mudah untuk kita aplikasikan dlam hidup kita..melalui solat dhuha,,bila kita sering amalkannya, allah akan permudahkan rezeki dan urusan kehidupan kita..mak aku dulu sering menceritakan perihal ayah aku yang suka mengamalkan solat dhuha ni,, sebelum p kerja, dia akan lakukan solat dhuha 2rakaat.. tiap2 ari.. walaupun gaji ayah aku xseberapa tapi berkat solat yg di lakukan dgn hati yg ikhlas, dia dapat besarkan anak2nya dengan sebaik mungkin..


p/s: i still loving u mydad n mymum..

Wednesday, February 16, 2011


AnDai Dia beRsamaku

Ya Rasulullah SAW, andai dirimu ada di sini sekarang,
Mahukah kau melihat diriku, umatmu?
Aku mengaku umatmu, tapi ibadahku tidak seikhlas dirimu
Aku mengaku umatmu, tapi akhlaqku tidak seindah sunnahmu
Aku mengaku umatmu, tapi perjuanganku tidak sekuat semangatmu

Ya Rasulullah SAW, sesungguhnya aku rindu padamu
Aku rindu kedamaian yang kau bawakan sehingga umat tenang dalam pemerintahanmu
Aku rindu keindahan akhlaqmu sehingga umat merasa engkaulah pemimpin terbaik.
Aku rindu segala-galanya tentang dirimu Ya Rasulullah.


Ya Allah, Kau pertemukanlah aku dengan kekasihMu
Kau terimalah ibadahku sebagaimana Engkau menerima ibadah kekasihMu
Kau ampunilah dosaku sebagaimana Engkau mengampuni dosa Rasulullah SAW
Kau kuatkan semangatku sepertimana Engkau menguatkan semangatnya Rasulullah dalam perjuangan dakwah.

everything to know

I tend to be secretly judgmental. I lose respect for people who don't like to both give and take. I also tend to develop strong likes and dislikes, which border on dogmatist and sometimes I judge others with a harsh eye.

I'm pure, moral, and adaptable. I tend to blend into my surroundings. Shy on the outside, and outspoken to my friends. I strive to please others and compromise anyway if I can. War or conflict bothers me, and I would do anything to keep the peace. I'm a good mediator and a true negotiator. I'm always diplomatic and able to give good advice. Sometimes I do too much, trying so hard to make people happy.

I tend to be secretly judgmental. I lose respect for people who don't like to both give and take. I also tend to develop strong likes and dislikes, which border on dogmatist and sometimes I judge others with a harsh eye.

On the flip side, I've got a great sense of humor and wit. I'm very practical and down to earth - everything in my life is organized. I usually never forget a detail. I face my responsibilities with a positive attitude - and I always get things done. I'm serious, sincere, honest, and faithful. But sometimes my strong sense of responsibility leads to frustration.

I'm a pretty open person - and I don't mind sharing the good, bad, and sometimes ugly. And while sometimes I do catch myself blabbing on, I usually exhibit restraint. My openness is quite refreshing, and it encourages other people to be open with me! I'm always willing to listen and lend a shoulder to cry on.

I don't love lightly. For me, love is always a serious undertaking. However, I'm able to love many types of people. I can bring out the best in almost anyone. Furthermore, physical attraction and chemistry is very important to me. I'm dating casually and frequently, getting serious with select people over time.

berikan aku kekuatan


ya allah

Saya mahu menceritakan sesuatu yang saya dapatkan saat mendengar ceramah A'a Gym, seorang tokoh agama yang disegani di Indonesia.

Ini adalah rumus tentang Tekanan.



p = Tekanan
F = Kekuatan yang diberikan.
A = Luas permukaan.

Semakin tinggi kekuatan yang diberikan, semakin besar jumlah tekanan.

Semakin besar luas permukaan yang tersedia, semakin kecil jumlah tekanan.

Oleh itu, sebuah tekanan yang didapatkan itu ditentukan dari besarnya kekuatan yang diberikan dan/atau luas permukaan yang tersedia.

Mari kita analogikan hal ini ke dalam kehidupan sehari-hari.

p = Tekanan hidup
F = Ujian yang diberikan Allah SWT (constant)
A = Keluasan kita membuka hati.

Setiap hari kita mengalami tekanan hidup. Tekanan yang kita rasakan wujud kerana adanya ujian/hambatan/masalah sehingga kita anggaplah ianya sebagai kekuatan ujian yang diberikan Tuhan. Anggaplah ia sebuah ketetapan, constant yang tidak boleh diubah. Jika diberikan 100 ujian sehari, itu sudah ketetapan dan kita tidak mampu mengubahnya walau sedikitpun.

Tapi ada satu hal yang perlu kita lihat di sini adalah dalam mengubah nilai tekanan, kita boleh memanipulasi nilai luas keterbukaan atau keredhaan hati dalam menerima ujian dariNya. Lebih luas kita buka hati kita (redha akan ujian), lebih ringan sebuah tekanan di rasakan dan begitu jugalah sebaliknya.

Nah, inilah yang membezakan setiap individu. Apabila mereka menghadapi ujian, sikap mereka dalam menanganinya boleh dengan merungut/mengeluh yaitu menutup atau mengecilkan hingga sekecil-kecilnya pintu hati terhadap ujian yang diberikan Tuhan atau sekelompok manusia lagi, mereka redha dengan ujian. Mereka mengharungi dengan kelapangan dada. Sehingga wujudlah 2 golongan, yaitu kelompok manusia yang terus stress dan terbelenggu dalam masalah sendiri dan sekelompok lagi tenang mengharungi hari-hari mereka.

Sehingga ada nya sebuah hadith buat renungan kita semua. Bagaimana seharusnya seorang mukmin menanggapi ujian dan nikmat kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW:

" Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Apabila seorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada Allah. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya. Seseorang mukmin akan tetap diberi pahala atas setiap amalan yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang disupakan ke dalam mulut isterinya" (RW Ahamd & Abu Daud)


Terdapat beberapa cara dalam menjadikan diri redha dengan ujian. Salah satunya adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT kerana dengan cara ini, kita akan merasa tenang. Ketenangan yang dipinjamkan itulah ketenangan hakiki. Sehingga setiap ujian yang dirasakan terasa mudah dilalui kerana kita melaluinya bersama bantuan pinjaman dari Dia.

Wallahualam.Perkongsian ringkas ilmu yang didapatkan buat semua. Semoga bermanfaat.

aNtaRa mAinaN maSa kEciL2

Semestinya korang ada memori diusia kanak2 dulukan..meh..aku nak share story sikit..mengenai aktiviti n permainan yang pernah aku n jaguh2 kampungku bermain..
Main Baling guli
Mainan ini biasanya kitorng main dalam 7,8 orang..bercampur la laki pempuan..tapi kebanyakan geng aku tu jiran2 n sepupu aku je..mula2 tu kena lat talilat tamplong dulu..Lepas tu sapa kalah kena baling dulu guli kat tanah. Sorang lagi akan ambik mood sebelum mentarget guli yang kat tanah sebelum dibaling menggunakan gulinya.. siapa yang paling hebat biasanya akan dapat kumpul guli yang banyak diakhir permaianan.. aku ni jarang je join dorang mengumpul guli.. selalunya ak just jadi penonton je.. ye la kalu aku join pun,,bukan reti pun.. asyik duk bagi guli kat orng jeee…huhu.. baik xpayah main terus kan…
Mainan lempar selipar
Haaa..kalu permainan ni aku suka..n tiap kali kitorng plan nak main, mesti aku akan join… permainan ini memerlukan 2kumpulan..bilangan ahli kumpulan biasanya dibahagi sama rata..permainan ni macam ni, tiga selipar didirikan, macam bentuk kon..korang dapat imaging x macam mane..bila selipar didirikan, sorng akan baling selipar tersebut dengan menggunakan sebiji bola…kalau selipar tersebut dah roboh.. seorang penjaga selipar dari pihak lawan akan ambil bola tadi untuk dilemparkan ke arah kumpulan yang pertama memulakan permainan.. sambil2 pihak lawan sibuk membaling bola kearah ahli kumpulan yang lain..akan ada yang cuba dirikan kembali selipar yg telah roboh..jika sempat dirikan selipar sebelum kena pukul dengan bola..ia dikira menang..n boleh ulangi permainan tadi..lokasi yang kitorang suka main biasanya umah jiran aku yang paling hampir je dgn umah aku..umah hadapan umh aku....
Mainan Rounders
Aku suka suki ati aku je namakan mainan ni..mainan rounders..korang nak tahu nape,,sebab aku pun dah xingat plus lupa apa panggilan yang bdk sebaya aku namakan tuk mainan ni..yang aku ingat permainan ni memerlukan sebiji bola tenis atau apa2 je jenis bola yang boleh melanton..sebilah pelepah pohon kelapa.. kitorang akan pilih pelepah yang ringan n kecil je.. pastu patahkan bahagian daunnya…pelepah ni digunakn sebagai pemukul bola..ala2 bola lisut gak lerr..tapi ni versi kampong punyerr..pemain akan memukul bola yang dibaling oleh sorng penjaga dengan sepenuh hati.. kalau boleh biarkan bola tu terbang sejauh mungkin..huhuhu..sewaktu penjaga bola berkejar mendapatkan bola tadi.. si kaki pukul tdi akan buat pusingan tiang..tiang2nya kitorng gunakan pkok2 kelapa..hihi..banyak betul kegunaan pokok kelapa kepada sejarah silam kitorng.. panjaga td akan memukul bola td pada mana2 tiang yg terdekat dgn dia..jika pemukul xsempat stop dimana2 tiang sewaktu penjaga memukul bola yg dipungutnya,,ia dikira mati..n perlu menjadi penjaga bola pula.. begitula seterusnya…bertukar2 orng..hinggalah kitarong dah rasa penat…
Mainan nyorok2
Aku rasa mainan ni xde ler pelik mana pun..kat mana2 pun ada orang pernah dengar permainan macam ni..seorang yg kena cari akan belajar mengira 1,2,3 hingga sepuluh..biasanya volum suara orang yang mengira tu dalam 90-100% lerr..xpun anggaran sekampung boleh dengar,,hehehe..kalu slow2 nati kawan2 yang menyorok xdapat dengar..bila stat je kiraan tu.. yang lain akan bertempiaran menyorok..lepas tu kena la cari orang yang menyorok sampai dapat..kekadang tu bila dah penat n dahaga air aku pernah jgak menyorok terus ke umah aku,,,sampai malam pun dorng cari xjumpa..hehehe…
Mainan tali getah..(skipping)
Yang ni paling best..untuk menglengkapkan permainan ni kitorang perlukan lagu2 yang akan dinyanyikan oleh pemegang tali tersebut.. Maximum 2orang yang akan memegang dan menghayunkan tali tersebut.. sebelum bercita2 nak gi uji bakat kat af tu..bolehlah pakat2 asah bakat menyanyi sambil bermain tali skipping..ad sorang member aku ni memeng jaguh kampung ler dalam permainan ni..
Sebenarnya banyak lagi permainan yang aku dan kawan2 aku mainkan..antaranya permainan pukul berapa datuk harimau,,nenek bongkok tiga, lastik burung,dan banyak lagi..

c comel

biLAAAA

Wednesday, February 09, 2011

tAbiAT tiDo















hmm..this night aku xde benda menarik nak share kat sini..baring2 nak tido..tp mata belum jgk nk terlelap.. tercari2 mungkin ada keperluan tido yg belum cukup ke
agaknya kepanasan kot,, ku perhatikan

KIPAS @ AIRCOND (dah on ke blm
most important thing,, BANTAL BUCUX... (ada kat sisi x)

aku ni kalu tido ngan 1 bantal je..mesti xkan lena.. aku akan pusing kanan pusing kiri hampir 44x seblum fajar subuh menyinsir...huhu.. ngada2 jgak aku ni,, dh tabiat semula jadi,, nak wat cam ne kan.. bkn aku yg paksa diri ini untuk mempunyai tabiat macm tu,, lagi pun sejak kcil aku ni bukan jnis yg di ajar tido ngn bantal busuk.. cuma yg aku perasaan sjak aku mula msuk asrama,, tanpa bantal peluk or bantal busuk..aku xbleh tido ngn selesa.

SELIMUT






Monday, February 07, 2011

aku adalah aku

kakakakak

Petua Mendapat Pasangan - Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Petua Mendapat Pasangan - Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

pOliTiK rObOtCop

Jika org2 islam yang benar dan betul2 sejati islamnya berpolitik secara islam,maka sudah tentu politik yang kerap disifatkan sebagai a dirty game itu mampu dibersihkan..bukankah islam itu seumpama air mutlak,,siafatnya yang bersih n membersihkan..
Aneh sungguh wajah politik sekarang..politik orang islam menjadi semakin kotor n busuk.. aku kadang benci sungguh dengan isu politik ni,,tapi ntah mengapa dalam jiwa ni masih lagi teringin nak ambik tahu serba sedikit hal yang berlaku sekitar kehidupan yang selalu jugak terkena tempias puak2 yang berpolitik ..politik sekarang boleh dianggap sebagai politik robotcop..kerana banyak yang berpolitik tanpa hati dan perasaan,,soal iman dan akhlak seolah2 dilupakan.ironinya, kita terasa malu dengan orang2 bukan islam kerana cara mereka berpolitik ada kalannya kelihatan lebih bersih dan sopan… soalnya..bagaimana kita nak mendapatkan pemimpin yang baik jika proses untuk mendapatkannya sudah kotor dan dicemari….realitynya, rakyat kini semakin bimbang dan bingung melihat sepak terajaang ahli2 politik yang semakin meminggirkan nilai adab dan akhlak..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “setiap kamu adalah penggembala(pemimpin) dan setiap penggembala akan ditanya tentang gembalaannya,”

Friday, February 04, 2011

oTaK seRabUt..JiWa kaCau..

bangunlahhh jiwa..
berlarilah mengejar yg lebih baik..

dunia

janganlah terlalu berbangga
bila memperoleh apa yang diimpikan.
Jangan pula meraung sakan andainya
apa yang dicita-citakan tidak dapat digapai.
Segala-galanya adalah
hak Pencipta seluruh alam ini

Thursday, February 03, 2011

nyah kau dr hidup ku

macam mana aku nak baungkan facebook dalm hidup aku ni,,, aku btul2 dh xsuka facebok.. ia bukan jiwa aku,,,aku xsuka...........

baik,baik,baik

ya allah aku nak jadi baik,, nak jadi ank yg baik, wanita yg baik n kalo ada jodoh nak jadi isteri yg baik n kalo ada rezeki nak jd ibu yg baik,,kau permudahkanlah urusan aku,,mudh2an semuanya jadi baik macam yg aku impikan

aduii..nak tidur ,

bisingnya bunyi mercun ni,,nk tido pun terganggu..

Wednesday, February 02, 2011

new years

jjjj

Tuesday, February 01, 2011

kenapa aku rindu dia

aku ni kadang2 alpa, leka..
aku seringkali merindu pada orang yg xberhak dirindui..
aku rindu sehingga jiwa aku sendiri yg parah.
aku jd kecewa bila aku merindu pada orng yg langsung xrindu aku..
dimana rinduku pada mak yang melahirkanku?
tiap2 harikah aku rindukan dia???
dimana rinduku pada ayah yang membesar n mendidikku??
tiap2 masakah aku hubungi dia???
mengapa dengan diri aku ni,,
sering menyalahgunakan nikmat yg diberikan..
Allah beri perasaan rindu,, aku guna untuk rindu org yang xsepatut dirindu,
Allah beri sayang, aku guna untuk sayang pada makhluk yang xperlu disayangi..
aku kecewa dengan diri aku ini..
aku cuba merindu pada mak, ayah,,
rindu menegakan agama allah..
rindu untuk mengikuti sunnah nabi,,
aku xmahu lagi rindu pada yang xberhak dirindu

Engkau yang kucinta

Engkau Yang Ku Cinta

Sering kau tanyakan cintaku dimana
Sering kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati

Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cinta
Itulah yang sebenar-benarnya

Usah kau tanyakan cintaku dimana
Cukup kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati.. kecilku…